Friday, July 15, 2011

3D2N in Kuching

Entry kali ni nak cerita percutian aku ke Kuching..ni kali pertama aku jejakkan kaki ke negeri Sarawak sebenarnya..so, sebelom pergi memang prepare awal2 info tentang tempat yang nak pergi, hotel nak tido, nk bergerak pakai apa kt sana...
So, benda pertama adalah tempah tiket dulu by on-line..aku pergi naik AirAsia sebab kebetulan tambang sangat murah, hanya RM58 pergi balik...aku tempah sebulan awal sebab masa tempah tiket aku bekerja lagi..konon-kononya nak arrange cuti la..tapi akhir bulan jun aku da resign..hehe...

Flight aku ke Kuching pukul 11.45 pagi, 11 julai 2011..aku ke LCCT naik skybus dari KL Sentral, tambang RM9 sehala..sampai di LCCT dlm pkul 9.30pg..awal sangat..aku pergi check-in dlu dekat kiosk AirAsia..

Aku sampai di Airport Kuching 1jam 45min kemudian..sebelum ke sini memang aku da book hotel dan pengangkutan dari airport ke hotel..senang kan..so sampai di airport van dari 360 Hotel da tunggu kat luar..angkut bag trus g hotel dan check-in hotel..harga blik hotel yang aku book ni RM99 untuk 1 malam..sangat murah sebab bilik sangat puas hati..cantik dan selesa..pengangkutan dr aiport ke hotel RM5.99 
je sehala...


Lpas check-in aku trus tertido..penat sangat pg td bangun awal nak ke KL Sentral...aku bangun dalam pkul 6.30ptg, then perut pon sangat lapar..aku pon siap2 untuk keluar..aku berjalan ikut kaki je..jalan lebih kurang 30min x jumpa pon kat mana bandar Kuching..aku pon patah balik dan cari makan area hotel je..namapk la satu Restoran cina, aku order nasi ayam dengan air coke..sangat murah, nasi ayam RM3.50 sepinggan...sangat sedap ayam dy lembut dan sup dy pon x tawar macam aku biasa mkn kt kedai2 lain..
lpas makan balik tido sebab nk simpan tenaga untuk berjalan esok..


pagi ni 12 julai 2011 aku bangun da pkul 11 pagi..he2..lpas mandi turun sarapan dekat SCR Express located dekat bawah hotel yang aku duduk je..lpas makan aku naik teksi ke waterfront dulu..tambang teksi RM12 sehala....perjalanan lebih kurang 10min..aku tengok ada deretean kedai jual kraftangan, cenderamata sarwak, aku pon beli la sikit keychain, pearl earrings, beg, gula2 sarawak untuk bwa balik bg kat kawan2 dan saudara..aku jalan2 di tepi2 sungai 2, aku naik perahu untuk pergi ke seberang, ingat nak beli kek lapis dan ikan terubok nak bawa balik...tambang perahu ni RM0.50 je sehala..air sungai 2 sangat dalam...haha,..tp jangan risau safety jacket mmg tersedia dlm perahu 2..ni antara gambar2 yang sempat aku snap..




lepas naik perahu ke seberang aku berjalan ke Kg.Boyan nak beli kek lapis Sarawa Dayang Salhah  n ikan masin terubok skali...banyak kek boleh dipilih..kedai ni kita boleh masuk sampai ke dapur tempat dia buat kek..memang bersih pembuatan dia...kek lapis boleh didapati dengan harga serendah RM5 dan ikan terubok masin RM10 utk 3 ekor, dan juga mengikut saiz..aku borong kek lapis sampai RM80, dan ikan terubok RM30...






ok...penat da berjalan...aku patah balik ke seberang...aku tempah tiket untuk naik Sarawak River Cruise...caj untuk seorang adalah RM60 (dewasa), RM30 (kanak-kanak)...Pemandangan masa atas cruise ni sangat menarik di sepanjang sungai ni, melewati 25 tempat popular seperti muzium Kuching, dan tempat2 yang bersejarah..kamera aku habis bateri sebenarnya masa aku kt atas cruise ni..waarrrggghhhhh.....xpela....redha..



Cruise ni belayar selamat 1jam 30min..k la...sampai sini je entry aku untuk Kuching review...he2...:)